Tempahkan sebuah bilik di neraka buatku...

Buat iktibar bagi kita yg selalu leka...........

Kisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM".-

Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yg terpengaruh dgn
cara hidup masyarakat Barat itu menaiki sebuah mikrobas/bas mini utk
menuju kedestinasi diwilayah Iskandariah.  Malangnya walau pun tinggal
dibumi yg terkenal dgn tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut
sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis & seksi hampir terlihat
segala yg patut disembunyikan bagi seorang perempuan dr pandangan
lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dlm lingkungan 20thn. Didalam bas itu ada seorang tua yg
dipenuhi uban menegurnya...... "Wahai pemudi ..... alangkah baiknya
jika kamu berpakaian yg baik, yg sesuai dgn ketimuran & adat serta
agama Islam kamu........  Itu lebih baik drp kamu berpakaian begini yg
pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki..." nasihat org tua
itu.

Namun , nasihat yg sangat bertetapan dng tuntutan agama itu dijawab
oleh gadis itu dgn jawapan sinikal/mengejek.  "Siapalah kamu hai orang
tua? Apakah ditangan kamu ada anak kunci syurga?  Atau adakah kamu
memiliki sejenis kuasa yg menentukan aku bakal berada di syurga atau
neraka??? Setelah menghamburkan kata-kata yg sangat menghiris perasaan
org tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang.

Tidak cukup setakat itu, sigadis lantas cuba memberikan telefon
bimbitnya kpd org tua tadi sambil melafazkan kata kata yg lebih
dahsyat.  "Ambil h/phone ku ini & hubungilah Allah serta tolong
tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam utkku," katanya lagi lantas
ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang
mempertikaikan hukum Allah dgn begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dr sigadis manis.
Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dgn perilakunya yg buruk.
Penumpang-penumpang yg lain turut terdiam ada yg menggelengkan kepala
kebingungan.  Semua yang didalam bas tidak menghiraukan gadis yang
masih muda itu yg tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak
mahu menasihatinya krna kuatir dia akan akan menghina agama dgn lebih
teruk lagi.

10 minit kemudian bas tiba di perhentian.  Gadis seksi bermulut
celupar itu didapati tertidur dimuka pintu bas.  Puas pemandu bas
termasuk para penumpang yg lain mengejutkannya tapi gadis tersebut
tidak sedarkan diri. Tiba tiba org tua tadi memeriksa nadi sigadis.
Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya.  Gadis itu telah kembali
menemui Tuhannya dalam keadaan yang tak disangka.  Para penumpang
menjadi cemas dgn berita yg menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh
kepinggir jalan.  Org ramai segera berkejar utk menyelamatkan jenazah
tersebut.  Tapi sekali lagi mereka terkejut.  Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yg terbujur kaku dijalan raya.  Mayatnya menjadi hitam
seolah olah dibakar api. Dua tiga org yg cuba mengangkat mayat
tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas & hampir
melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yg menimpa gadis malang
tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik dineraka dimakbulkan
Allah? Nauzubillah..  Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa diatas
segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dgn
kisah benar ini sebagai muslim sejati.

Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah & mahupun sunnah
RasulNya s.a.w. dgn mempersendakan atau dgn ejekkan. Dan jangan
memberi sebarang komen sekiranya kita masih belum mampu atau mahu
melaksanakannya. Kata kata seperti ajaran islam tidak sesuai lagi dgn
arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tak akan buat kita jadi
kaya dan seumpamanya adalah kata kata yg sangat biadab & menghina
Allah, pencipta seluruh alam. Ingat2 lah teman, kita boleh melupakan
kematian.....tapi kematian tetap akan terjadi bagi kita......hanya
masanya saja yg akan menentukan bila kita akan kembali ke alam
barzakh.

Janganlah menjadi orang yg bodoh........siapakah orang yg bodoh itu?
Mereka2 itulah orang2 yg ingin melawan Tuhan!  Rabbul alamin.  Apabila
anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan
arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dgn undang2 sekolah......dlm
pekerjaan anda tertakluk dgn undang yg di lakar oleh majikan anda ....
di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang negara anda. Begitu
taksub sekali anda terhadap undang2 itu hingga terlalu prihatin takut2
melanggar undang2 itu.  Apabila anda berpijak di bumi ini......anda
juga tertakluk dgn undang2 yg telah di gubal oleh yg menjadikan bumi
ini.......setiap Sultan ada taman larangannya.......begitu juga Allah
swt ..... taman laranganNya adalah perkara2 yg telah di haramkan bagi
hamba2Nya di muka bumi ini........

Sekian.

Sama samalah kita memohon agar Allah senantiasa memberi kita petunjuk
diatas jalan yg benar dan kekuatan agar sentiasa dpt menjaga lidah
kita.....

Wassalam..


*Fakta atau auta? Anda sendiri tentukan...
source: mymail on 
7 Jul 2004

0 peneropong:

Post a Comment