Hikmah Diam
Untuk perhatian....
Semoga apa yang saya forwardkan di bawah ini mamberi menfaat kepada semua.
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan
kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan
merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain
manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan
kita terseksa kekal abadi di dalam neraka.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak
digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan
untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan
perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:
* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah
silapnya.Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan
barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwaya t ABU NAIM)
* "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia
berkata yang baik atau diam". (Riwayat BUKHARI & MUSLIM)
*"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".(Riwayat AT-TARMIZI)
Madah Dari Berdiam:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK
DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN
KESALAHAN ORANG.
* KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU
MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang
terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yang
baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang
bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."
Sekian. Wasalam.
*Fakta atau auta? Anda sendiri tentukan...
source: mymail on 22 Jul 2004
0 peneropong:
Post a Comment