Assalamualaikum
Baru dapat tahu dari seorang kawan yang adik iparnya, seorang
perempuan, menjadi mangsa tikaman di Sunway. Kira-kira pukul 9
PAGI,memandu keretanya di Sunway selepas menghantar suaminya ke SJMC.
Keretanya telah dilanggar dari belakang dan kemudiannya disamun dan
ditikam di Sunway. Sekarang berada di ICU disebabkan kehilangan 75%
darahnya akibat tikaman tersebut. 2-3 hari lepas, di Negeri Sembilan,
seorang wanita yang keretanya telah dilanggar dari belakang, menjadi
mangsa samun dan rogol.
Kejadiaan serupa ini banyak berlaku sejak 2-3 bulan ini. Dalam TV,
rancangan 999 kemarin ada memaparkan kejadian serupa. Dalam rancangan
tersebut, 2 kejadian dipaparkan.
Pertama, seorang wanita yang memandu di Seksyen 7 Shah Alam kira-kira
pukul 11 malam, keretanya di langgar dari belakang. Dia kemudiannya
dilarikan ke kawasan pembinaan di Shah Alam dan dirogol bergilir-gilir.
Kedua, di Gombak Setia. Kereta seorang wanita di langgar dari
belakang. Semasa pertengkaran, lelaki yang pura-pura menyuruh wanita
tersebut memeriksa samaada pintu belakang boleh dibuka atau
tidak,telah menolak wanita tersebut kedalam kereta dan rakan lelaki
tersebut telah memandu kereta tersebut.Mangsa telah dirogol
rasanya(mungkin saya silap).Dia juga telah dicederakan dengan pisau
di jari termasuk diKELAR dipaha(ada la dalam 3-4 inci).So kekawan,
berhati-hati lah. Tidak kira yang dah kawin atau belum.
Terkini... minggu sudah (2nd week of Appri) kejadian makin melampau.
Mangsa adalah wanita mengandung. Tempat ialah di USJ Taipan. Apa yg
saya tahu mangsa lambat dibantu. Kes ini mangsa belumpun masuk
kereta. Beliau diserang/rampas kemudian penyerang melarikan diri.
Orangramai kaku atau langsung tak peduli. Disini, saya menyeru kpd
semua sekiranya berlaku depan mata. TOLONG bantu..saya percaya
keberanian akan menjadi ketakutan pd penyerang yg berhatikan binatang!
Peringatkan kenalan, saudara mara serta isteri (atau isteri-isteri) kita "Apa-apa hal, LOCK YR. CAR & JANGAN KELUAR DARI KERETA!". bunyikan alarm, biar semua dengar yg anda dlm kesusahan...
MAKE SURE ADA NO. PHONE POLICE DLM HANDSET & CALL YR. HUSBAND/ NEARBY RELATIVE, KALAU DAH SYAK ACCIDENT TU SCAM, CEPAT-CEPAT PECUT BILA DIA
ORANG KELUAR KERETA. PLEASE......THIS KIND OF CASES HAVE BEEN ALARMING!
*Fakta atau auta? Anda sendiri tentukan...
source: mymail on 30 Jul 2004
0 peneropong:
Post a Comment