Puteri yang cantik rupawan...

Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya
Puteri Sheila on 7Eleven. Sejak lahir lagi puteri ini telah terkena
sumpahan. Apa je menda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh
sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut,
kalau puteri tu terpegang mereka maka meraka akan cair jugak.

Maka musykil la Ayahanda nye kerana alamat tak kawin la puterinya
itu. Maka, dengan nasihat memanda perdana menteri, Maharaja pun
membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh
tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat
memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak
tau apakah benda tersebut.

Atas cadangan memanda perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan
bahawa barang siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila
puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan
puterinya itu.

Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda
masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian,
pertandingan pun berlangsung..... Muncul lah lelaki yang pertama,

Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?

Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang
paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi
batang golf, bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki#1 : Silakan....

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu.Ahhhhhh Cair
nampaknye logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan
puteri...

Muncullah lelaki ke-2.....

Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?

Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling
keras dalam dunia. Pada masa akan datang,menda ini bukan saja
menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali
minyak di dasar lautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.

Lelaki#2: Silakan.....

Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut.Ahhhhhhhh Cair
jugak berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan
puteri.

Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua
benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya...

Kemudian muncul lah elaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang
je tanpa membawa apa-apa pun di tangannya!

Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?

Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada
dalam poket hamba ini.

Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta
cuba memegangnya.

Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya,seluklah
dalam poket hamba ini...

Maharaja: Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri
teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu.

Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu.
Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya
kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan...
Maharaja tanya puterinya

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?

Puteri: Dapat....

Maharaja: Benda tu cair?

Puteri: Tak....

Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi
menantu Beta!

Lelaki: Hehehehehehehehehehehe.......

Tapi...Apakah yang puteri itu pegang?  Kenapa lelaki itu ketawa?

Dan kenapa benda tu tak cair?  Apakah yang korang rasa puteri itu
telah pegang?

Apa yang korang terlintas dalam kepala korang? haaaaa?Hehehehehehehehehe.....
(Sila scroll down...........)

















































HA HA HA JAWAPANNYA IALAH...

COKELAT M&M CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN! KORANG INGAT APA? OTAK TU
BIAR BETUL SIKIT AAAAA...TAK SESUAIII TAU KORANG KWUANG KWUANG HE HE
HE  HE

PUTERI TU MERAH MUKA  MALU PASAL DEPAN DIA TU BAKAL SUAMI DIA...


*Fakta atau auta? Anda sendiri tentukan...
source: mymail on 6 Sep 2004

0 peneropong:

Post a Comment