Gunakan Bahu
===========
Seorang nenek sedang memandu arah kepada cucunya beserta isteri cucunya
yang hendak datang berkunjung ke apartmentnya melalui telefon....
"Kamu masuk melalui pintu depan kompleks apartment, dan lihat Blok
Apartment bernombor 5B. Bila sampai kamu masuk melalui pintu utamanya
dan gunakan lif.. Nanti didalam lif kamu gunakan bahu untuk menekan
butang ketingkat 8... Keluar dari lif kamu belok kekiri, dan kamu akan
lihat ada pintu bernombor 10.. sekali lagi kamu tekan interkom dipintu
itu menggunakan bahu...Di situ seorang jaga akan menjawab dan membuka
pintu kepada kamu.. melalui pintu itu kamu berjalan terus hingga nampak
pintu yang tertulis nama "Nafisah"... lalu sekali lagi kamu gunakan
bahumu untuk menekan loceng di pintu itu dan aku akan keluar
membukanya..."
"Baiklah nenek..." jawab cucunya.. lalu menyambung..
"Tapi kenapa setiap butang.. saya mesti menekan dengan bahu saya?"
Nenek terus menjawab.. "Laaa engkau nie.. ! takkan lah dari jauh kamu
datang nak mengunjungi nenekmu ini tanpa membawa apa-apa?"
BPR
====
Seorang pegawai dipanggil untuk di soal siasat oleh BPR (Badan Pencegah
Rasuah). Lalu dia meminta nasihat akauntannya bagaimana sebaiknya ia
mengenakan pakaian...
"Kau pakailah pakaian yang buruk dan hanya berselipar.Biar mereka fikir
engkau miskin" jawabnya.
Lalu lelaki itu bertanya pula kepada penyelia bawahannya.. tapi
jawapannya berbeza..
"Jangan takut.. engkau pakailah pakaian yang mewah dan eksesori yang
mahal...
Kerana kebingungan.. pegawai tadi pergi pula berjumpa dengan bosnya..
"Senang saja.. aku ada satu cerita yang hampir serupa..." kata bosnya
dan menyambung..."Ada seorang wanita muda, menjelang perkahwinanya, dia
meminta nasihat ibunya apa yang harus dipakai pada malam pengantin."
"Pakailah gaun yang tebal, panjang, yang menutup lehermu". jawab
ibunya.
Tapi waktu dia pergi meminta nasihat dari kawan karibnya.. dia
mendapatkan nasihat yang berbeza: "Engkau pakai aje gaun nipis yg paling
seksi, bahagian lehernya terbuka sampai ke dada..".
Pegawai tadi semakin kebingungan dan berkata.."Tapi, apa kaitan semua
ini dengan masalah yang saya hadapi dengan BPR?".
Bosnya berkata...
"Tak kira apapun yang engkau pakai, kau tetap akan kena...".
GUGUP
======
Seorang lelaki bertubuh kecil menjadi saksi di mahkamah untuk suatu
kejadian rogol... Lelaki itu kelihatan ragu-ragu dan gugup ketika
dimintai memberikan keterangannya oleh seorang peguambela...
Dengan suara yang kuat peguambela itu bertanya...
Peguam : "Anda sudah berkahwin?"
Lelaki : "Su.. Su.. dah, encik"
Peguam : "Siapa yang Anda kahwini?"
Lelaki : "Se.. Se.. seorang perempuan.. encik!"
Peguambela tersebut dengan marah berkata..
Peguam : "Sudah tentu anda akan berkahwin dengan perempuan... apa anda
pernah dengar ada yang berkahwin dengan lelaki?"
Lelaki : "Ada encik.. adik perempuan saya..."
BUANG AIR KECIL
================
Seorang budak kecil bernama adi ditegur oleh pengawal kolam renang di
sebuah kolam renang umum
Pengawal : "Adik tidak boleh buang air kecil di kolam renang ini! Kalau
abang masih dapati adik mengulanginya lagi, abang akan melaporkannya
kepada ayah adik!"
Budak : "Tapi setahu saya banyak orang yang buang air kecil di dalam
kolam renang"
Pengawal : "Mungkin betul tu... tapi tidak dari papan terjun"
*Fakta atau auta? Anda sendiri tentukan...
source:mymail on 25 Jun 2004
0 peneropong:
Post a Comment